Pengurus dijel 12 bulan; guna mesin cetak majikan untuk perniagaan sendiri, raih untung RM180,000.0031/7/2021 Pengurus dijel 12 bulan; guna mesin cetak majikan untuk perniagaan sendiri, raih untung RM180,000.0029/7/2021 15:17 SINGAPURA: Merasakan dia tidak diberikan peluang yang secukupnya untuk maju dalam kerjayanya, seorang pengurus pengeluaran di sebuah syarikat percetakan mula mencetak barang untuk pelanggannya sendiri menggunakan peralatan majikannya.
Dia menggunakan sumber-sumber majikannya untuk memenuhi tempahan para pelanggannya dan kemudian membuka syarikat percetakannya sendiri sehingga meraih keuntungan lebih S$57,000, sekali gus menjejas pendapatan majikannya. Mike Song, 56 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama setahun pada Khamis (29 Jul). Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan pecah amanah sebagai seorang pekerja dengan lagi empat tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman. Mahkamah diberitahu bahawa Song bertugas sebagai pengurus pengeluaran di 8 Ink Media, yang khusus dalam khidmat pencetakan. Syarikat tersebut memindahkan aset-aset dan para pekerjanya termasuk Song ke INX Events & Productions pada Februari 2019. Song mula bekerja dengan syarikat tersebut pada Oktober 2014, di mana dia awalnya mencetak kain rentang. Sebagai pengurus pengeluaran, dia memenuhi tempahan percetakan yang dihantar ke syarikat itu dan diamanahkan dengan sumber-sumber percetakan seperti dakwat dan kertas. Tertuduh bagaimanapun mula menggunakan sumber-sumber syarikat untuk mencetak bahan-bahan percetakan yang dijualnya sendiri sejak November 2015. Dia kerap tidak hadir di tempat kerja sewaktu masa bekerja dan pulang ke tempat kerja pada lewat malam. Song mula bekerja sendiri kerana dia berasa bahawa syarikat itu tidak memberikan peluang yang secukupnya untuk dia maju meskipun perniagaan syaraikat itu semakin berkembang. Dia menubuhkan syarikatnya sendiri untuk menawarkan khidmat percetakan sejak Ogos 2016 dan mencari klien sendiri sedang dia masih bekerja dengan 8 Ink Media. Dia terus mencetak kain rentang dan bahan-bahan lain untuk klien-klien peribadinya menggunakan sumber-sumber majikan pada 2017 dan 2018. Dia mencetak bahan-bahan menggunakan sumber-sumber majikan sebanyak 70 kali sepanjang dua tahun. Secara keseluruhannya, dia meraih sekitar S$57,480 daripada klien-klien peribadinya antara November 2015 dengan Disember 2019. Ia dianggap sebagai kerugian yang ditanggung oleh majikannya. Meskipun aset dan kakitangan syarikat itu dipindahkan ke INX Events & Productions, Song meneruskan perniagaannya sehingga Disember 2019. Seorang pekerja mendedahkan tindak-tanduk Song kepada pengurus besar syarikat itu pada 1 Februari 2020 dan satu aduan polis dibuat. Song bersetuju untuk membayar balik S$58,000 kepada syarikat tersebut secara ansuran dan selesai membayar sepenuhnya pada 9 Jun 2020. Bagi setiap tuduhan pecah amanah sebagai seorang pekerja, dia boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan didenda. Sumber: Berita Mediacorp
2 Comments
Top Colour Production Printer Ricoh Proc5300sMore Print Shop Prefer Production Printer Ricoh ProC5300 Compare Other BrandsPopularity of entry level Ricoh ProC5300 drives market share gains Thursday, 29 July, 2021 Ricoh Europe, London, 29 July 2021 – IDC figures show Ricoh improved its market share in EMEA across a number of sectors despite the challenging business environment in 2020. Sales of the EDP Award winning, entry level Ricoh Pro C5300s Series sheet fed colour press lifted Ricoh’s market share in key areas according to IDC’s Quarterly Hardcopy Peripherals Tracker 2021Q1. It reports:
The Ricoh Pro C5300s Series is the newest model range in Ricoh’s sheet fed portfolio. It was developed to enable Print Service Providers, print on demand environments and Corporate Reprographics Departments to responsively produce small to medium run length applications including brochures, catalogues, postcards, and envelopes. Building on the success of its predecessor, the Ricoh Pro™ C5200s, it enables greater production flexibility, higher print quality and a broader service offering. Eef de Ridder, Vice President, Graphic Communications Group, Ricoh Europe, says: “These market share gains in a number of key sectors show how the Ricoh Pro C5300 has answered a clear demand. During an exceptionally challenging time print environments want a high quality light production versatile solution. The ability to produce many creative applications at 80ppm, with a monthly duty cycle of 450,000, delivers a flexible productivity that drives profitability.” Source - Ricoh Europe |
AuthorFotostat Seri Murni News Blog Archives
July 2022
Categories |